ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan hulur bantuan kepada mangsa kebakaran kedai runcit

Mohammad menyampaikan bantuan kepada ketua keluarga mangsa yang di timpa musibah kebakaran.

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa rumah kedai runcit di Simpang 10 Kampung Lajau pada Selasa.

Bantuan berupa wang tunai disampaikan oleh Ketua Kampung Lajau Muhammad Jakop mewakili Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

Hadir sama Ketua Kampung Sungai Keling, Goh Siew Ling dan beberapa AJK UMNO Bahagian.

Sementara itu, Mohd Rafi berkata, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Selain itu katanya, bantuan itu juga sebagai tanda keprihatinan UMNO kepada rakyat Labuan ysng ditimpa musibah tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Pada awal Selasa lalu sebuah kedai runcit dua tingkat di Simpang 10 Kampung Lajau terbakar menyebabkan 60 peratus bangunan berkenaan terbakar.

Bagaimanapun dalam kejadian itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian semua penghuni tiada di kedai tersebut.

Pihak Bomba yang menerima panggilan sekitar pukul 3.39 pagi berjaya mengawal kebakaran pada pukul 4.29 pagi.

Seramai 24 anggota bomba bersama tiga buah jentera dari Balai Bomba Layangan dan Balai Bomba Labuan Sentral terlibat dalam operasi tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN