MOHD RAFI bersama Khalid (kanan sekali), Niswati (empat dari kiri), Saifful (kiri sekali), Normiyati (dua dari kiri) pada majlis makan tengah hari bersama perwakilan UMNO Bahagia Labuan yang hadir pada PAU 2023
LABUAN: Walaupun UMNO Bahagian Labuan tewas dalam mempertahankan kerusi Parlimen pada Piliharaya Umum ke 15 yang lalu, nanum semangat juang UMNO Labuan masih membara apabila telah menghatar 80 peserta yang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang berlangsung di PWTC.
Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, apa yang lebih mengejutkan ada dikalangan ahli ahli sanggup berkorban berbelanja sendiri semata mata untuk menghadiri PAU 2023.
“Inilah keistimewaan ahli-ahli UMNO di Labuan, walaupun kita tewas dalam mempertahan kerusi Parlimen pada PRU ke 15, namun semangat juang ahli-ahli UMNO Labuan tetap kental untuk mempertahankan parti keramat orang Melayu UMNO” katanya.
Sebahagian daripada Perwakilan UMNO Bahagian Labuan yang hadir pada PAU 2023
Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan perwakilan dan pemerhati UMNO Labuan pada majlis makan tengah hari PAU 2023 anjuran UMNO Labuan di bilik Tun Dr. Ismail, Dewan Merdeka PWTC, pada Sabtu lalu.
Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, turut mengucapkan tahniah kepada semua perwakilan UMNO Bahagian Labuan melibatkan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang tidak berganjak sedikit pun untuk meninggalkan dewan sepanjang PAU 2023 bersidang terutamanya ketika berlangsungnya ucapan dasar Presiden Datuk Seri Zahid Hamid.
Dalam pada itu, Mohd Rafi berkata penganjuran Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada kali ini membawa signifikannya tersendiri apabila buat pertama kali membariskan lebih 60 peratus kepimpinan baharu di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Wanita, Pemuda dan Puteri.
Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias, Naib Ketua Bahagian, Datuk Khalid Ghani, Setiausaha UMNO Bahagian, Suhaili Amir, Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Rosle Omar, Ketua Wanita, Niswati Tarji, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saiful Pungot dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Normiyati Jumat.