GAMBAR: …. Bashir bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian pada sidang media di kediamannya, pada Sabtu.
LABUAN: UMNO Bahagian Labuan akan terus membantu Kementerian Wilayah Persekutuan dalam usaha memulihkan ekonomi Labuan yang terjejas akibat Pandamek COVID 19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Bahagian Umno Bahagian Labuan, Senator Datuk Bashir Alias berkata, pembangunan Labuan kini lebih tersusun di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang diterajui oleh menterinya Tan Sri Annuar Musa.
“Kita dapat melihat semasa beliau melakukan lawatan kerja ke Labuan pada 7 hingga 9 Jun lalu, pelbagai pendekatan telah dilakukan oleh beliau dalam membangunkan semula ekonomi Labuan, malah telah merangka hala tuju pembangunan Labuan yang lebih tersusun dan memberi manfaat kepada rakyat.
“Kami sebagai pemimpin tempatan melihat ini satu peluang untuk bersama memulihkan ekonomi Labuan yang terjejas akibat COVID 19” katanya.
Bashir berkata demikian kepada media di kediamannya di Kampung Sungai Lada, di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Khalid Abd. Ghani, Setiausaha Umno Bahagian, Dzulfaizal Abd, Manan, Ketua Puteri Umno Bahagian, Jura’adhiyah Dr.Harun dan beberapa AJK Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan Umno Labuan.
Sementarta itu beliau turut menjelaskan UMNO Bahagian Labuan akan terus memainkan peranan dalam Muafakat Nasional (MN) bukan sahaja dalam memperjuangkan nasib rakyat tetapi juga dalam membela bangsa Melayu dan Agama Islam.
“Pengalaman 22 bulan menjadi pembangkang telah banyak memberi pengajaran khususnya dalam memberikan perkhidmatan kepada kepada rakyat,” katanya.
Bashir turut bersyukur gabungan parti UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) mendapat sokongan rakyat yang agak luar biasa dan ia terbukti apabila calon MN memenangi dalam lima pilihan raya kecil termasuk yang terbaru di Parlimen Kimanis.
“Tumpuan sekarang ialah memberi pembangunan yang lebih berkesan kepada rakyat dengan memperkukan MN dan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi PRU15” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Bashir berkata UMNO Bahagian Labuan sentiasa terbuka untuk menerima semula ahli-ahli Umno yang sebelum ini telah menyertai parti Pakatan Harapan.
GAMBAR: …. Bashir bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian pada sidang media di kediamannya, pada Sabtu.