30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan bantu baik pulih rumah ibu tunggal di timpa bencana angin ribut

LAWAT…. Bashir (kiri) ketika melawat keadaan rumah mangsa di Kampung Batu Arang pada Isnin.

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan mengambil langkah proaktif membantu membaik pulih rumah seorang ibu tunggal, Ramlah Mitah Antawor selepas atap dan bumbung rumahnya diterbangkan angin ribut yang melanda Kampung Batu Arang minggu lalu.

Usaha untuk membantu membaik pulih dengan mengganti keseluruhan atap rumah berkenaan susulan lawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Senator Datuk Bashir Alias ke rumah mangsa, pada Isnin.

Turut sama dalam lawatan itu, Setiausaha UMNO Bahagian, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan, Ketua Cawangan UMNO Batu Arang (Hijau Baiduri) Jamil Md Yassin dan beberapa AJK UMNO Bahagian.

SIMPATI…. Bashir (dua kanan), Dzulfaizal (kanan sekali), Jamil (tiga kanan) bersama dua lagi AJK UMNO Bahagian yang melawat keadaan rumah mangsa.

Datuk Bashir yang juga Ahli Dewan Negara, ketika dihubungi berkata, UMNO Bahagian Labuan telah mengambil inisiatif segera untuk membantu membaik pulih atap rumah mangsa yang rosak teruk akibat di terbangkan angin kencang pada minggu lalu.

“ Kita telahpun berhubung dengan beberapa ahli UMNO dan telahpun sepakat berkongsi mengumpulkan dana untuk membeli perkakas yang diperlukan untuk membaik semula atap rumah mangsa.

“ Kita juga berterima kasih kerana ada kontraktor yang sedia membaik pulih rumah mangsa yang akan dimulakan dalam sehari dua ini” katanya.

RAMLAH MITAH…..berterima kasih kepada UMNO kerana sanggup membantu baik pulih atap rumahnya.

Pada minggu lalu, Ramlah, 62, bersama dua anak dan tiga orang cucunya menzahirkan rasa cemas apabila melihat atap dan bumbung rumah peninggalan arwah suaminya diterbangkan angin kencang.

Menurut Ramlah kejadian yang diluar jangkaan itu berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika kesemua mereka berada dalam bilik tidur masing-masing.

Bagaimanapun isteri mantan Ketua Kampung dan guru agama itu besyukur kerana dalam kejadian yang mencemaskan itu tidak mendatangkan kecederaan kepadanya dan ahli keluarga yang lain.

“Saya yang masih truma dengan kejadian itu kini terpaksa menumpang di rumah kakak ipar yang tinggal bersebelahan dengan rumah kami” katanya.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada UMNO Bahagian Labuan yang sedia untuk membantu membaik pulih atap rumah mereka yang rosak sejak minggu lalu.-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN