28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

TUNJUKAN KOMITMEN YANG TINGGI BAGI MEMPASTIKAN KKR SABAH SEBAGAI PENERAJU DALAM PENGURUSAN FASILITI DAN PENYELENGGARAN INSFRASTRUKTUR: BUNG

GAMBAR HIASAN. Bung Bersama Setiausaha Tetap KKR Sabah Datuk Mohd Jasmin Juplin dan Pengarah JKR Datuk Ir Ali Ahmad Hamid semasa majlis Anugreh Perkhidamatan Cemerlang JKR baru baru ini.

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Menjelang tahun baru 2022, pelbagai cabaran baharu sedang menanti bagi setiap warga kerja Kementerian Kerja Raya Sabah(KKRS) yang menuntut komitmen yang tinggi untuk menempuhi serta mengatasi cabaran-cabaran tersebut terutamanya selepas berakhirnya pandemik Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) berkata, semua cabaran ini menuntut kesungguhan setiap warga kerja (KKRS) dalam memastikan kementerian tersebut mampu menjadi peneraju dalam pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan insfarstruktur asas yang menjadi tanggungjawab besar kementerian tersebut.

Menurut Bung bagi melonjakkan industri pembinaan negari , (KKRS) telah memperkenalkan Pelan Strategik KKRS 2021-2025 dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025 seiring dengan kerangka utama pembangunan negara melalui Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB-2030)

” Dalam Pelan ini, meningkatkan kecekapan tabir urus bagi memperkasakan pembangunan insfrastruktur diletakkan sebagai teras pertama dan ianya dikuti dengan usaha memantapkan pengurusan dan pelaksanaan projek jalan,jambatan dan bangunan serta memperkasakan pengurusan bekalan air” katanya.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian dalam perutusannya kepada kakitangan KKR Sabah sempana tahun baru 2022 yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bung berkata Pelan strategik yang dibangunkan ini merupakan ‘game changers’ bagi memberansangkan pembangunan negeri di masa hadapan dengan menjadikan JKR sebagai pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

” Justeru itu, sebagai agensi Kerajaan yang menyumbang kepada Kecemerlangan Pengurusan Aset Menyeluruh, JKR akan bertanggungjawab dengan amanah yang dimandatkan untuk melaksanakan agenda memperkasakan pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan setanding negara maju lain melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lamag berharap seluruh warga kerja di bawah KKR Sabah menetapkan resolusi yang bukan sahaja memberi manfaat kepada diri kita sendiri malahan turut mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

” Resolusi tersebut akan turut memberi kesan positif kepada Jabatan dan seterusnya membantu negara bagi mencapai status negara maju dan sejahtera menjelang tahun 2030 dengan terus mendukung matlamat Jabatan serta terus bekerja dengan ikhlas, amanah, berintegriti dan professional bagi menyokong Kerajaan dalam memajukan Negara” katanya

Dalam perkembangan yang sama sempana kehadiran tahun baru 2022 ini Bung juga mengajak rakyat di negeri ini agar terus bersatu padu dengan menyokong kerajaan yang bagi mempastikan kerajaan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawabnya kepada rakyat bagi membawa lebih banyak pembangunan untuk kesejahteraan rakyat terutamanya untuk memulihkan kedudukan ekonomi negeri yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19.

” Marilah kira raikan persamaan untuk memajukan negeri dengan meminggirkan perbezaan terutamanya ketika kerajaan meletakkan komitmen yang tinggi untuk memajukan negeri dan memulihkan ekonomi melalui beberapa sektor yang terjejas ekoran penularan Pandemik COVID-19″ katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN