Tun Musa (tengah) bergambar kenangan bersama rombongan PDRM Bukit Aman.
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ibrahim Darus.
Kunjungan kepada Yang di-Pertua Negeri di Istana Seri Kinabalu pada Khamis itu merupakan yang pertama kali semenjak Ibrahim dilantik ke jawatan tersebut pada 21 Julai 2025. /Penerangan-



