Tun Musa bersalaman dengan anak kepada allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud.
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menyantuni waris anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden Op Daulat pada Mac 2013 di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Tun Musa menyantuni waris Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud, iaitu isteri beliau Nurunnisa Abu Bakar bersama dua anak mereka, Noor Muhammad Aqil Zulkifli dan Noor Aqib Syahid Zulkifli yang turut hadir dalam sesi sembah kenal berkenaan.
Turut disantuni ialah waris Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, iaitu isterinya Noor Aziah Noor bersama anak-anak mereka, Haziqah Zuhairah Sabaruddin dan Hazreq Zafri Sabaruddin.
Selain itu, Tun Musa turut menyantuni ibu bapa kepada Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, iaitu Ismail Husin dan Rahmah Mamat serta ibu bapa kepada Allahyarham Koperal Ahmad Farhan Ruslan dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD), iaitu Ruslan Hassan dan Roslawati Ghani.
Tun Musa menyantuni mereka semasa Sambutan hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2025 yang diadakan di padang kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah./Penerangan-



