29 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 25, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Tun Musa Berangkat Ke Kuala Lumpur

LAMBAIAN…Tun Musa melambai tangan sebelum masuk ke dalam pesawat.

KOTA KINABALU:  Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-268.


Mesyuarat tersebut dijadualkan berlangsung selama dua hari mulai esok di Bilik Mesyuarat Raja-Raja, Istana Negara.

Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin berlepas melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi.

Hadir mengiringi Tun Musa dan rombongan di lapangan terbang ialah Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharram dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Zainuddin Aman serta Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun./Penerangan-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN