24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tujuh Cawangan UMNO selesai laksanakan Program Ziarah Kasih Ramadan

SANTUNIā€¦. Ketua Cawangan UMNO Rancha-Rancha, Rosman Hussin (7 dari kanan) bersama Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ghani (5 dari kiri) ketika menyantuni salah seorang warga emas sempena Program Ziarah Kasih Ramadan di Rancha-Rancha.

LABUAN: Tujuh cawangan UMNO Bahagian Labuan telahpun selesai melaksanakan program Ziarah Kasih Ramadan anjuran UMNO Bahagian Labuan.

Program Ziarah Ramadan merupakan salah satu inisiatif Ketua UMNO Bahagian Labuan yang baharu, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan   yang antara lain bertujuan menyantuni lebih dekat naluri rakyat sambil menghulurkan bantuan  kepada golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan   di sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak.

Tujuh  cawangan yang telahpun selesai melaksanakan program  tersebut ialah Cawangan UMNO Pohon Batu, Sungai Bedaun, Pantai, Sungai Labu, Bebuloh,  Gersik, dan Rancha Rancha Laut.

Tinjuan mendapati rata-rata penerima sumbangan itu menzahirkan rasa syukur dan berterima kasihĀ  atas keprihatinan UMNO Bahagian Labuan dalam membantuĀ  meringankan bebanĀ  khususnya ketika mereka menghadapi bulan Ramadan Al Mubarak dan juga sambutan bulan Syawal yang bakal tiba.

SUMBANGANā€¦ Ketua Cawangan Gersik Baru, Hussien Salleh ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang asnaf di Kampung Gersik Baru.

Sementara itu, Mohd Rafi ketika dihubungi berkata, program Ziarah Kasih Ramadan bukanlah  program bermusim yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Labuan, sebaliknya lebih banyak lagi program yang berbentuk kebajikan akan menyusul.

ā€œProgram yang kita laksanakan ini bukan sekadar musim-musim perayaan tertentu barulah kita menyantuni  mereka tetapi sebaliknya UMNO Labuan  akan terus melaksanakan pelbagai program kebajikan membantu rakyat, malah dalam musibah seperti banjir, kebakaran rumah, kematian  dan misi misi kemanusian  turut diberi perhatianā€ katanya.

Sementara itu beliau menjelaskan Program Ziarah Ramadan yang dilaksanakan oleh 30 cawangan UMNO secara berperingkat sepanjang bulan Ramadan ini menyasarkan 500  keluarga  golongan asnaf akan disantuni  dengan penyampaian sumbangan berupa wang tunai dan juga barang keperluan harian. 

ā€œInsyaAllah kita akan jadikan program ini sebagai acara tahunan yang ianya telah dilaksana sebelum ini ketika saya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dari tahun 2008ā€ katanya.

Mohd Rafi yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengucapkan terima kasih kepada Ketua-Ketua  Cawangan UMNO, ketua-ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian  yang  bersama sama membantu melaksanakan program tersebut dengan hasil yang membanggakan semua pihak.  

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN