Bangunan SK Kabatang Baru dan sekitarnya yang dinaiki air.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Sebanyak tujuh buah kampung di daerah kecil Sook dilanda banjir apabila sungai Sook melimpah semalam.
Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Paul Isidore ketika dihubungi awal pagi tadi berkata, kampung-kampung yang dinaiki air adalah KampungTulid, Pauh, Batu Luguyan, Kindasan, Sinulihan Baru, Simpang Empat dan Kabatang Baru.
Katanya, berikutan banjir itu satu Pusat Pemindahan Sementara.(PPS iaitu di Mini Dewan Kampung Pauh yang menempatkan enam ketua isi rumah (KIR)dengan bilangan 41 orang membabitkan tujuh buah rumah.
Terdahulu anggota yang bertugas terdiri dari Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Keningau telah memantau beberapa kampung disebabkan aliran air daripada sungai Sook menurun melalui empat buah kampung iaitu Kampung Kindasan, Kg.Sinulihan, Simpang Empat dan Kabatang Baru Sook.
Keempat-empat buah kampung tersebit air mula naik air sekitar jam 1.50 pagi dan penduduk kampung terlibat telah berpindah lebih awal ke rumah saudara mara yang terdekat.
Turut dinaiki air, Klinik Kesihatan Tulid namun dilaporkan air sudah surut sepenuhnya.
Terlibat sama dalam pemantauan banjir itu, PDRM Sook, Rela Sook, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sook dan Pejabat Unit Pembangunan Masyarakat Sook.
Tinjauan awal pagi tadi juga mendapat Sekolah Kebangsaan (SK)Kabatang Baru turut dinaiki air.