HORMAT..Bung menolak sendiri kerusi roda yang digunakan Mahani hingga ke pintu utama untuk menghantar pemimpin tersebut beredar dari pejabat beliau
KUNJUNGAN HORMAT..Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin petang kemarin menerima kunjungan hormat dari bekas Menteri Kerja Raya Sabah yang juga bekas Wakil Rakyat kawasan Lumadan Datuk Dayang Mahani Pengiran Ahmad Raffae di pejabat beliau di Kementerian Kerja Raya Sembulan Kota Kinabalu.
Bung yang juga Menteri Kerja Raya yang dikenali sebagai pemimpin mesra rakyat dan menghormati pemimpin yang lebih dewasa dari beliau selepas berbual mesra turut menghantar Mahani ke pintu utama dengan menolak kerusi roda yang digunakan oleh Mahani yang tidak boleh berjalan sendiri.