28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Titisan air mata penerima sumbangan Ziarah Kasih Ramadan   buat kepimpinan UMNO sebak

SEBAK… salah seorang penerima pesakit kronik dari Kampung Saguking sebak bila disantuni oleh kepimpinan UMNO dalam program Ziarah Kasih Ramadan.

LABUAN: Titisan air mata yang membasahi pipi beberapa penerima sumbangan  sempena Program Ziarah Kasih Ramadan yang dianjurkan oleh UMNO Labuan menyebabkan kepimpinan UMNO yang menyampaikan sumbangan secara bersemuka sebak,  terharu dan ada di kalangan mereka turut menitiskan air mata. 

“Titisan air mata penerima membuatkan perasaan saya  bersama beberapa ahli yang menyertai program Ziarah Kasih Ramadan menjadi sayu betapa mereka  terasa dihargai dan besyukur apabila kami dapat menyantuni mereka” .

Demikian kata Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima  di Kampung Saguking, petang Khamis.

Mohd Rafi yang juga Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, berkata Program Ziarah Kasih Ramadan  yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Labuan telah membuahkan hasil  bukan sahaja dapat membantu golongan yang disasarkan tetapi juga dapat mendekati  dan memahami naluri rakyat yang memerlukan bantuan dan keprihatinan.

“Dalam politik, inilah program  yang paling dekat di hati saya kerana ia memberi ruang  dan peluang  kepada saya dan kepimpinan UMNO lain  untuk   bertemu dengan rakyat” katanya.

Katanya, program Ziarah Kasih Ramadan telah menyasarkan seramai 500 keluarga asnaf  dari 30  cawangan UMNO yang disantuni dengan penyampaian  sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan makanan.

“Kami akan jadikan program Ziarah Kasih Ramadan ini sebagai acara tahunan yang akan dipertanggungjawabkan kepada ketua ketua cawangan untuk memilih asnaf dan seterusnya menyampaikan sumbangan tersebut dan ini sekaligus dapat merapatkan kekeluargaan antara ketua ketua cawangan dengan masyarakat setempat” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN