31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tindakan tegas perlu diambil, elak kejadian sama berulang – Zainon

Gambar : Zainon….Berharap tindakan tegas dapat diambil

Oleh:Marutin Ansiung

KOTA KINABALU:Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mengambil berat mengenai laporan gangguan seksual yang telah dilakukan ke atas seorang peserta Unduk Ngadau yang tular di media sosial.

Ketua Pergerakan Wanita PBRS Zainon Haji Kayum berkata, perkara sebegini tidak pernah dilaporkan berlaku sepanjang penganjuran Unduk Ngadau sebelum ini. 

“Kami bersimpati dengan ahli-ahli jawatankuasa penganjur yang terlibat. Kami percaya mereka telah berusaha menjayakan acara tersebut sebaik meskipun dalam keadaan norma baru yang cukup mencabar” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian ini pasti mendatangkan rasa hampa kerana ia sedikit-sebanyak telah mencalarkan imej Pertandingan Unduk Ngadau.

Tegas Zainon, PBRS adalah sebuah parti yang berpegang kepada prinsip menghormati undang-undang negara. 

“Justeru itu kami percaya bahawa sesiapa sahaja, tanpa mengira pangkat dan kedudukan tidak seharusnya terlepas dari sebarang salah laku dengan sewenang-wenangnya” jelasnya.

Dengan itu katanya, Wanita PBRS ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berwajib di atas tindakan pantas untuk segera menyiasat perkara ini. 

Beliau juga berharap tindakan tegas dapat diambil untuk mengelakan kejadian yang sama berulang di masa hadapan.

Pada masa sama katanya, Wanita PBRS turut memuji keberanian mangsa yang tampil untuk bersuara seterusnya membuat laporan tentang kejadian tersebut. 

“Kita juga berharap agar para wanita akan terus berani bersuara demi menolak penindasan dan jenayah seksual yang dilakukan ke atas mereka” tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN