31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tindakan Ronald mendakwa bukan calon pembangkang hanya menyelamatkan imej politiknya

BELURAN: Tindakan bekas Ahli Parlimen Beluran bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan mengatakan beliau bukan calon pembangkang disifatkan tidak masuk akal dan hanya untuk menyelamatkan imej politiknya daripada kecaman pengundi.

Menegaskan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib (Gambar Bernama) berkata, kenyataan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang menjelaskan dirinya bukan calon pembangkang adalah untuk memancing undi murahan kerana Perikatan Nasional tidak termasuk dalam komponen parti kerajaan di Sabah.

“Kita di Sabah hanya mengikhtiraf Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) sebagai rakan komponen untuk parti-parti kerajaan yang bertanding dalam PRU Ke-15. Perikatan Nasional bukan dalam komponen kita walaupun diperingkat kabinet negeri dan persekutuan terdapat wakil-wakil rakyat dari parti itu. Ini dalam konteks pilihanraya bukan pentadbiran kabinet, ia suatu yang berbeza’’. Tegasnya.

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan I Negeri Sabah berkata, sebagai seorang pemimpin politik yang matang, Ronald seharusnya sedar tentang corak pentadbirannya di Parlimen Beluran yang telah mencecah lima penggal dan seharusnya terbuka memberikan peluang kepada pemimpin baru untuk bertanding.

Katanya, selama lima penggal menjawat jawatan Ahli Parlimen Beluran, ternyata beliau masih gagal menyerlahkan pembangunan fizikal yang mendesak di kawasan Beluran dan kegagalan itu perlu diakui oleh beliau dan tidak perlu mempertahankan tindakannya bertanding kali ini atas tiket parti kerajaan.

Tegasnya James, Kerajaan GRS-BN di Sabah telahpun mempamerkan usaha gigih untuk mempastikan pembangunan sewajarnya kepada rakyat dilaksanakan sepenuhnya dan pihak yang mengaku mewakili parti kerajaan hanya berniat bermain retorik politik.

“Janganlah terdesak sangat ingin meraih undi sehingga menjual imej politik dengan mengaku sebagai calon parti kerajaan. Rakyat Beluran sebenarnya sudah bijak menilai pencapaian yang dipamerkan selama lima penggal”. Jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam satu program santai di Kampung Muanad Tiga pada Ahad, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menegaskan beliau bukan calon pembangkang untuk bertanding di Parlimen Beluran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini. Beliau sebaliknya memaklumkan mewakili Perikatan Nasional (PN) yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.

Ronald menjelaskan penggunaan logo PN di Sabah bukanlah kali pertama malahan pernah digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun 2020 yang mana ia digunakan oleh calon-calon negeri Sabah yang menganggotai kabinet kerajaan negeri pada hari ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN