30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tindakan pantas Bomba berjaya menyelamatkan tujuh orang kanak-kanak

KOTA BELUD: Tindakan pantas pihak Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan seramai tujuh orang kanak-kanak yang dikhuatiri hilang dari sebuah kampung dekat sini pada petang Ahad.


Ketua Balai BBP Kota Belud, PPgB Muhammad Syazwan bin Latun berkata, kejadian yang melibatkan tujuh orang kanak-kanak berumur antara 3 hingga 15 tahun itu berlaku di Kg Kebayau Kota Belud kira-kira jam 3.00 petang.


“Kita menerima makluman tentang kejadian pada jam 10.00 malam Ahad. Bilik Kawalan BBP Kota Belud menerima laporan daripada Pengerusi JKK Kg Kebayau mengatakan terdapat sekumpulan kanak-kanak dikhuatiri hilang semasa bermain di kawasan kampung.


“Mengikut maklumat saksi kanak-kanak ini kali terakhir dilihat berada di kedai runcit kampung sekitar jam 3.00 petang dan sehingga masa tersebut, semua kanak-kanak ini masih belum pulang ke rumah,” katanya.


Muhammad Syazwan memberitahu bahawa operasi Search and Rescue (SAR) hari kedua dimulakan seawal pada jam 7.16 pagi, dan mujur, pada jam 7.30 pagi, kesemua mangsa telah berjaya ditemui oleh penduduk kampung bersama pasukan Bomba di kawasan kebun dalam keadaan selamat.


“Seterusnya pasukan Bomba membawa kesemua mangsa ke Kg Kebayau untuk diserahkan kepada pihak Ambulans untuk menerima rawatan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 9.30 pagi,” katanya.


Beliau memberitahu, seramai lima anggota yang diketuai oleh beliau sendiri sebagai Pegawai Operasi telah terlibat dalam SAR itu bersama para penduduk kampung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN