25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tindakan berat kepada para peniaga Pakistan yang naikkan harga barang: James

JAMES ketika memeriksa lesen berniaga salah sebuah premis perniagaan milik warga Pakistan di Pekan Botition, diiringi Ketua Cawangan KPDN Sandakan, Adzy John dan TSUT KPMKR, Walter Kenson (kanan)


PAITAN: Kerajaan tidak akan berkompromi, malahan akan mengenakan tindakan tegas serta denda maksimum kepada para peniaga Pakistan yang menaikkan harga barang jualan dengan sewenang-wenangnya.


Demikian ditegaskan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk James Ratib dalam satu tinjauan mengejut di sekitar Pekan Botition, Sugut Paitan pada hari Isnin.


“Saya selaku Exco Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) menegaskan bahawa saya tidak akan berkompromi kepada mana-mana kedai Pakistan yang menaikkan harga sewenang-wenangnya kepada orang kampung dan juga kepada para pelanggan lain.


“Jika saya dapati hal yang sama berlaku, saya minta KPDN menutup premis perniagaan mereka dan membuat denda semaksimumnya kepada pesalah.


“Saya bersama dengan KPDN akan memantau setiap masa mengenai isu kenaikan harga ataupun urusniaga kedai-kedai Pakistan kawasan Sugut ini,” katanya.


James yang juga ADUN Sugut berkata beliau telahpun membuat lawatan pemeriksaan khas bersama dengan KPDN Cawangan Sandakan di kedai-kedai milik peniaga Pakistan di Kawasan Sugut, di Paitan Botition di mana beliau mendapati bahawa kebanyakan kedai-kedai Pakistan yang ada di Sugut menaikkan harga barangan jualan mereka.


“Sebagai contoh, satu batang paku simen ini, dalam list harga barang jualan mereka ialah RM1 untuk setiap 8 biji paku. Tetapi bila penduduk kampung datang membeli, ianya di jual pada harga RM0.20 setiap batang.


“Saya mendapat laporan daripada orang kampung bahawa mereka menjual pada harga yang lebih tinggi sedangkan dalam senarai harga ialah RM1 untuk 8 batang.


“Sesudah diperiksa memang ternyata ada tertulis harga yang dipamerkan tidak sama dengan harga jualan dan orang-orang kampung telah melaporkan perkara ini kepada saya selepas mendapati paku-paku ini dijual bukan dalam per kilogram tapi mengikut harga per unit,” katanya.


Justeru beliau minta kepada KPDN supaya mengadakan pemeriksaan rutin yang kerap kepada semua kedai-kedai Pakistan di Paitan ini kerana yang menjadi mangsa yang kasihan ialah orang-orang kampung.


“Satu lagi situasi di mana harga minyak masak dipamer di lain tempat tetapi dalam kotak. Ini bermakna apabila pelanggan meminta minyak masak, mereka sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak masak bersubsidi dengan sesuka hati mereka.


“Orang kampung tidak tahu bahawa produk minyak masak ini sudah ditetapkan harga jualannya iaitu tidak melebihi RM2.50 se peket. Walaubagaimanapun sekiranya ada orang kampung yang tidak faham tentang ini, peniaga boleh naikkan pada harga RM3 ataupun RM4 se peket.


“Difahamkan, ada juga pelanggan yang dari kalangan mereka yang bekerja di estet-estet yang tidak tahu harga sebenarnya, peniaga Pakistan yang melampau ini mungkin boleh jual dengan harga mencecah RM5 se peket,” tegasnya.


Alhamdullilah, James berterimakasih kepada KPDN Sandakan yang diketuai oleh Adli John kerana begitu agressif memantau kenaikan harga barang oleh para peniaga Pakistan di Sugut ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN