27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Timur Johan Kejohanan Golf Hari Wilayah Persekutuan Labuan 2024

TIMUR menerima hadiah daripada Ibno.

LABUAN: Timur Abazaliev menjuarai Kejohanan Golf  Sempena Hari Wilayah Persekutuan Labuan (HWPL) kategori Nett yang diadakan di Labuan International Golf Club (LIGC), di sini baru baru ini.

Timur yang mencatatkan 60 pukulan (12 under)  menerima hadiah  sebuah  piala rebutan, piala iringan  dan  wang tunai.

Naib johan bagi kategori Nett dimenangi  Benedik Bakri Awang yang mencatatkan 66 pukulan (6 under)  dan tempat ketiga dimenangi oleh Mary Ann Arrain dengan catatan  67 pukulan.

Manakala tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi Helmi Bali (68 pukulan) dan Sophian Said (70 pukulan).

Sementara itu, Mohd Irwan Abdul Hamid menjuarai kategori Gross dengan mencatatkan 77 pukulan dan naib johan dimenangi oleh  Johari Ahmad yang turut mencatatkan jumlah pukulan yang sama 77.

Bagi kategori  Jemputan johan dimenangi oleh Kaptem LIGC,  Mohd Jafar Ahmad (69 pukulan), naib johan jatuh kepada Presiden Labuan Golf Club (LGC)  Peter Pikul dengan mencatatkan 70 pukulan.

Tempat ketiga dimenangi oleh Mazalan Hassin (75 pukulan) dan tempat keempat Wahroni Nor (76 pukulan).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Presiden LIGC, Haji Ibno  Suhaili.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Labuan International Golf Club (LIGC) dengan kerjasama Perbadanan Labuan telah disertai 92 peserta melibatkan penyertaan dari Sabah dan Brunei Darussalam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN