26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Timor Abazaliev muncul johan Kejohanan Golf MARAKAO  Cup 2024 Labuan

Timor  juara kategori

LABUAN:Timor Abazaliev muncul johan kategori Gross Kejohanan Golf MARAKAO Cup edisi pertama 2024 anjuran MARAKAO Club yang diadakan di padang golf Labuan International Golf Club, pada Sabtu.

Pada Kejohanan itu Timor yang mencatatkan 80 pukulan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 dan tropi.

Naib johan bagi kategori Gross dimenangi oleh Kelly Dius Bitol yang turut mencatatkan 80 pukulan (ocb) membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan tropi.

Tempat ketiga dimenangi oleh Ismail Pie (80 pukulan) menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Tempat Keempat dan kelima masing masing dimenangi oleh Idris Mohd (81 pukulan) dan Amirul Hishamudin (84 pukulan).

Kedua dua mereka menerima hadiah wang tunai RM800.00 dan RM700.00.

Sementara itu Benedick Bakri Awang menjuarai kategori Nett untuk menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan tropi selepas mencatatkan 68 pukulan.

Benedik juara kategori Nett menerima hadiah daripada Rithuan.

Naib johan bagi kategori Nett dimenangi oleh Ezmikel Linggi yang mencatatkan 68 pukulan (ocb) untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Mazalan Abdullah (69 pukulan) menerima  hadiah wang tunai RM800.00.

Tempat keempat dan kelima masing masing dimenangi oleh Mazalan Hassin (69 pukulan) dan Harrie Sotrisno (71 pukulan).

Kedua dua pemain tersebut menerima hadiah wang tunai RM600.00 dan RM500.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan yang juga Presiden LIGC, Haji Rithuan Mohd Ismail Dan mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Kejohanan yang mendapat kerjasama LIGC itu telah disertai seramai 120 pemain.

Kejohanan yang julung kalinya diadakan ini turut menyediakan hadiah cabutan bertuah yang menarik  untuk pemain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN