GAMBAR ATAS : Alyiu Zinin
RANAU: Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UPKO Pusat, Aliyu Zinin, hari ini mengambil keputusan meletak jawatan seterusnya keluar daripada parti itu serta merta.
Dalam satu kenyataannya, beliau berkata keputusan itu dibuat atas kehendak diri sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
“Keputusan ini saya buat untuk menumpukan sepenuhnya pada bidang perniagaan dan pertanian.
“Tambahan pulak, ketika ini juga saya sedang melanjutkan pelajaran, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Teknologi Mara (UTM),” jelasnya.
Alyiu yang juga Naib Ketua UPKO Bahagian Ranau berkata, tindakannya keluar parti turut disertai AJK Cawangan Kg.Lohan. Dengan itu cawangan tersebuat telah terbubar.
“Terus terang, saya cenderung meyokong kepimpinan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Justeru saya ucapkan selamat maju jaya dengan semangat baru selepas Parti ini dijenamakan semula dengan konsep baharu sebagai parti berbilang kaum,” tambahnya.
Dalam perkembangan sama, Penolong Setiausaha dan Sosial Media UPKO Ranau, Halimin Bin Saping turut meletak jawatan dan isytihar keluar parti .
Pada Febuari lalu, Naib Presiden UPKO, Datuk Dr Ewon Ebin mengetuai kira-kira ribuan ahli keluar UPKO. –Borneo Daily Bulletin