26.6 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Timbalan Ketua Pemuda STAR Sabah hulur sumbangan penduduk terjejas PKPD

SUMBANGAN…Kong Soon Choi menyampaikan sumbangan kepada Camilus selaku Pengerusi JPKK Kg. Paginatan.

RANAU – Timbalan Ketua Pemuda Parti Star Sabah, Kong Soon Choi telah mengedarkan sumbangan barangan makanan kepada lebih 200 orang penduduk terjejas akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Kg.Paginatan dan Kg. Maringkan.

Sumbangan berupa bungkusan sayur-sayuran telah diterima oleh Camilus Vincent Ating selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Paginatan bagi mewakili penduduk kedua-dua kampung berkenaan.

SAYUR-SAYURAN..antara keperluan makanan yang diserahkan kepada penduduk terjejas di Paginatan dan Meringkan

Menurut Kong, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan bantuan berkenaan ekoran memahami situasi yang dihadapi oleh para penduduk kampung yang agak sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dalam tempoh PKPD dilaksanakan. Justeru, beliau mengambil inisiatif itu bagi menghulurkan bantuan untuk meringankan bebanan para penduduk kampung selain melakukan kerja amal sebagai pemimpin tempatan di daerah Ranau.

“Semoga semua penduduk kampung yang dikenakan perintah PKPD terus tabah dan saya harap sumbangan yang kecil ini mampu membantu meringankan sedikit rutin kehidupan mereka dalam tempoh ini” jelasnya yang juga merupakan pemilik kepada Pasaraya Sabindo Daerah Ranau.

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Dewan Masyarakat Kg. Paginatan dan turut disaksikan oleh Lt. Shamsul bin Mansor, Ketua Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Ranau dan Ruhimin bin Jaafar, Penyelia Pasukan RELA yang bertugas di kedua-dua kampung tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN