Cikgu Jai bersama Syakir, Aiman dan Courteney serta guru pengiring
RANAU: Tiga peserta scrabble dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau berjaya mewakili Daerah Ranau ke Pertandingan Scrabble Peringkat Negeri Sabah.
Peserta Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau yang dibarisi Mohd Syakir Abdullah, Aiman Akmal William, Courteney Jill Bobby dan diiring Cikgu Rujiah @ Rusineh Diamin berjaya menewaskan peserta dari empat sekolah lain terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan yang menduduki tempat Ke-2, Sekolah Menengah Kebangsaan Matupang Jaya A (Ke-3), Sekolah Menengah Kebangsaan Matupang Jaya B (Ke-4) dan Sekolah Menengah (Agama) Mohamad Ali (Ke-5).
Sijil dan piala disampaikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Matupang Jaya, Puan Zubaidah Haji Ahmat.
Menurut Penyelaras Pertandingan Daerah, Cikgu Jai Jaidi, vanue pertandingan peringkat negeri pada tahun ini akan diadakan di Sekolah Menengah ST. Martin Tambunan dan dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan. Pertandingan scrabble dijangka akan berlangsung pada 1 Ogos (kategori sekolah rendah) dan 2 Ogos (kategori sekolah menengah).
Jai menyarankan bagi memantapkan lagi wakil daerah, semua peserta scrabble kategori sekolah rendah dan sekolah menengah diharapkan akan terus membuat latihan yang banyak melawan bot/komputer di woogles.io.