Pemain KKTTA terpilih ke SUKMA (dari kiri) Natalie, Ze Yen dan Elcy.
Oleh: Vitalis G. Bingkasan
KOTA KINABALU: Tiga pemain Persatuan Ping Pong Kota Kinabalu (KKTTA) terpilih mewakili Sabah ke Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 Selangor 2026.
Sukan dwi-tahunan terbesar itu dijadualkan berlangsung pada 15-24 Ogos ini.
Pemain KKTTA yang terpilih itu ialah Ngui Ze Yen dari Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, Natalie Hiew Li Ya (SMK St Micheal Penampang) dan Elcy Christygina Soulis (SM All Saint).
KKTTA dalam kenyataannya berkata, pemilihan ketiga-tiga atlet itu adalah hasil prestasi cemerlang dan konsisten serta disiplin tinggi sepanjang siri kejohanan tempatan dan sesi latihan intensif.
“Mereka memiliki pencapaian yang amat cemerlang dalam pelbagai kejohanan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
“Pemilihan ini adalah bukti kerja keras mereka serta kejituan program pembangunan bakat di peringkat daerah.
“Kami yakin mereka mampu memberikan saingan sengit dan mengharumkan nama Sabah di SUKMA Selangor kelak,” katanya.
“Semoga mereka mampu menampilkan aksi terbaik dan membru kejayaan tertinggi di SUKMA Selangor nanti,” katanya sambil menambah, seluruh warga ping pong Kota Kinabalu mengucapkan selamat maju jaya kepada ketiga-tiga atlet itu.



