22.9 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 20, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Tiga lelaki ditangkap disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah

RANAU: Pihak Polis IPD Ranau telah berjaya membuat tangkapan ke atas tiga orang lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam dua insiden berlainan di sini baru-baru ini.

Dalam insiden pertama, polis berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun yang bekerja sebagai pekebun di daerah ini, walaupun saspek berkenaan cuba melarikan diri.

Pada awal kejadian, lelaki yang juga pernah memiliki sembilan rekod lampau atas kesalahan dadah itu telah bertindak agresif dan bergelut dengan polis unit MPV ketika pemeriksaan dibuat kerana disyaki memiliki benda terlarang berdekatan Balai Raya Kg. Kinasaraban Baru, Ranau sebelum saspek berjaya melarikan diri.

Walaubagaimanapun, bertindak atas bantuan Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ranau, suspek yang terlepas ini telah berjaya diberkas semula di satu lokasi lain di Pekan Kundasang.

Suspek telah dibawa ke IPD Ranau untuk tindakan selanjutnya dan hasil ujian saringan awal ujian air kencing, didapati saspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bersama Seksyen 353/186 Kanun Keseksaan.

Suspek berjaya ditangkap hasil tindakan pantas oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) serta Unit MPV Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Daerah Ranau yang terlibat dalam tangkapan ini.

Dalam satu insiden berasingan, BSJN IPD Ranau telah menjalankan ujian air kencing di IPD Ranau dan telah berjaya menahan dua orang lelaki masing-masing berumur 41 tahun dan 28 tahun warga Malaysia dan warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang kebun dan seorang lagi bekerja sebagai penyelia tukang kebun di sini.


Ujian air kencing telah dibuat di IPD Ranau oleh pihak BSJND Ranau dan mendapati kedua-dua suspek ini positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.


Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sementara itu, pihak polis meminta agar orang ramai terus diminta untuk membantu menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah di daerah ini bagi membantu pihak PDRM membanteras kegiatan jenayah dadah yang merupakan ‘Musuh Nombor 1’ di negara ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN