28.2 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tiga kejadian berasingan, khemah menjual bundle di Ranau, hangus dalam kebakaran.

Oleh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Kurang 24 jam selepas khemah menjual pakaian terpakai (bundle) di sini musnah dalam kebakaran awal pagi hari ini (Sabtu), sekali lagi penduduk sekitar pekan dikejutkan apabila kejadian sama berlaku di dua lokasi berasingan kira-kira jam 7 malam tadi.

TERBAKAR…Canopi menjual bundle dalam kawasan tugu Sabah 100 Tahun di Pekan Ranau.

Gambar serta video kejadian telah dimuat naik netizen di laman Facbook dan turut dikongsi di kebanyakan grup WhatsApp.

Menurut orang awam yang melihat kejadian, kebakaran kedua melibatkan khemah menjual pakaian terpakai  berlaku di dalam kawasan tugu Sabah 100 Tahun, manakala kejadian ketiga berlaku di belakang Pasar Besar Ranau.

TURUT TERBAKAR…Canopi menjual bundle belakang Pasar Besar Ranau, turut musnah.

Dalam kejadian pertama yang berlaku kira-kira jam 3 pagi hari ini (Sabtu), seorang peniaga wanita kerugian RM35,000 apabila tiga buah khemah menjual pakaian terpakai miliknya musnah dalam kebakaran itu.

KEBAKARAN PERTAMA.. berlaku jam 3 pagi pada Sabtu dekat Pejabat PPBM Pekan Ranau.

Mangsa yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, tidak menolak kemungkinan berlaku unsur khianat memandangkan tiada sebarang pendawaian elektrik pada khemah tersebut dan tiada penghuni.

Borneo Buletin Online, masih menunggu laporan rasmi hasil siasatan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN