SIMBOLIK…Idris (lima dari kanan) bersama Bashir (tiga kanan) Mohd Hafiez (dua kanan), Ismaidi (kanan sekali dan Ahmad (enam dari kanan) ketika menyempurnakan majlis Aprisiasi Pencegahan Jenayah IPD Labuan di dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Khamis.
LABUAN: Tiga buah kampung di sini menerima sijil penganugerahan Bebas Jenayah oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Wilayah Persekutuan Labuan sempena Program Apresiasi Pencegahan Jenayah yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan.
Majlis penyampaian anugerah Bebas Jenayah itu disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Khamis.
Hadir sama menyaksikan majlis yang julung kalinya diadakan itu, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hafiez Mohd Daud, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Ismaidi Ismail dan Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Ahmad Jawila.
Tiga kampung yang menerima pengiktirafan itu ialah Kampung Layang-Layangan bagi kategori A yang mempunyai kepadatan penduduk 3,000 ke atas, Kampung Sungai Buton bagi kategori B (kepadatan penduduk 3000 ke bawah) dan Kampung Belukut bagi kategori C yang mempunyai kepadatan penduduk kurang 1200.
TAHNIAH… Ketua Kampung Layang-Layangan, Lamat Tahir menerima sijil penghargaan Bebas Jenayah kategori A daripada Idris.
Ketiga-tiga kampung berkenaan hanya merekodkan satu kes sepanjang tahun 2021 hingga Jun 2022.
Pad majlis itu, 27 Ketua Kampung, lima Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan dan beberapa pemimpin individu termasuk wakil jabatan dan agensi kerajaan turut menerima sijil penghargaan.
Untuk rekod kontijen Polis Labuan merupakan kontijen pertama yang menganjurkan Program Apresiasi Pencegahan Jenayah yang bertujuan untuk menghargai peranan penduduk kampung dalam pencegahan jenayah.