30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

TIGA BUAH RUMAH PAPAN MUSNAH DIJILAT API DI KUNDASANG

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN
Admin: Johnny Gampawi

RANAU: Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung  Dumpiring Bawah, Kundasang pada pagi Jumaat.

Menurut sumber dikalangan penduduk, kejadian malang itu berlaku lebih-kurang jam10.40 pagi melibatkan rumah struktur kayu jenis tidak kekal.

Lebih malang, difahamkan dua daripada rumah yang musnah dijilat api itu adalah milik ibu tunggal.

Punca kejadian sebenar belum diketahui, namun beberapa sumber mendakwa, api berpunca daripada sekumpulan kanak-kanak yang bermain mancis dalam sebuah stor di belakang salah sebuah rumah yang terbakar.

Anggaran kerugian harta benda yang musnah dalam kebakaran itu juga belum diketahui dan diserahkan kepada pihak berkenaan untuk nilaian.

Menurut salah seorang penduduk, Halimin Saping, mujur dalam insiden itu, tiada  kemalangan jiwa serta kecederaan yang dilaporkan.

Katanya, pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bersama jentera tiba pada lebih-kurang jam 11.15 pagi selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai.

Pihak media yang cuba menghubungi Ketua Balai Bamba dan Penyelamat Ranau untuk mendapatkan maklumat kejadian gagal kerana difahamkan beliau berada di luar daerah untuk tugasan rasmi.

API MARAK.
Ketiga-tiga rumah papan musnah dalam kebakaran pada pagi Jumaat di Kundasang
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN