30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tidak memakai pelitup muka, empat lelaki dikompaun RM1,000 seorang.

DSP Sammy Newton...Ketua Polis Daerah Ranau

RANAU: Tidak memakai pelitup separuh muka di tempat awam, empat individu lelaki ditahan dan masing-masing dikompaun RM1,000 setiap seorang pada Selasa.

Keempat-empat lelaki tempatan berkenaan yang berusia lingkungan 20-an hingga 50-an didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Sammy Newton berkata, kesemua mereka ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Ranau, sekitar pekan di sini antara jam11 pagi hingga 2 petang kemarin.

“Bayaran kompaun perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Ranau dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan Covid-19.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN