31 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 26, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Tiba Masanya Penguatkuasaan Yang Tegas Menangani Haiwan Peliharaan Berkeliaraan Di Keningau.

KENINGAU: Agensi kerajaan yang berkaitan diharap dapat menguatkuasakan dan menangani haiwan peliharaan yang berkeliaraan secara berkesan yang mengganggu keselesaan masyarakat di daerah ini.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional P.180 Keningau, Rafie Robert (gambar) berkata, ini kerana terdapat banyak keluhan daripada masyarakat daerah ini berkenaan masalah tersebut dan ianya bukanlah masalah yang baharu tetapi masalah yang telah berpanjangan yang belum dapat diselesaikan.

Katanya, beliau yakin pemilik haiwan peliharaan yang berkeliaraan tersebut sudah sedia maklum berkenaan masalah tersebut dan sudah tiba masanya penguatkuasaan yang tegas perlu dilakukan oleh agensi kerajaan yang berkaitan.

“Pemilik haiwan peliharaan tersebut sudah pasti mengetahui masalah tersebut dan hanya masih berdegil membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran.

“Sepatutnya mereka juga mengambil tanggungjawab terhadap masalah dan ketidakselesaan orang ramai khususnya di daerah ini sehingga berlaku kemalangan-kemalangan termasuklah kemalangan maut berlaku.

“Masalah ini akan terus berpanjangan jika tiada tindakan tegas dilakukan, kita juga mengetahui amaran sudah sering kali dikeluarkan tetapi masalah ini tetap juga masih berlaku.

“Persoalannya jika tiada tindakan tegas dilakukan sampai bila masalah ini akan berakhir di daerah ini,” jelasnya ketika dihubungi di sini.

Beliau yakin orang ramai di daerah ini tidak sabar untuk melihat dan merasai masalah ini berakhir.

“Perasaan dan keluhan orang ramai perlu diambil perhatian dan penjelasan kepada orang ramai perlu diberikan jika ada perkara yang menyukarkan masalah ini daripada diselesaikan atau jika ada pencegahan peraturan dan undang-undang,” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN