26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 17, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tiara Labuan Hotel raikan majlis berbuka puasa bersama anak anak asnaf Darul Kifayah

Chai Tze Kee menyampaikan sumbangan duit raya dan biskut raya kepada salah seorang anak asnaf Darul Kifayah.

LABUAN: Seramai 32 anak anak asnaf dari Darul Kifayah diraikan dalam majlis Berbuka Puasa anjuran Tiara Labuan Hotel, pada Isnin.

Selain daripada jamuan berbuka puasa anak asnaf tersebut turut menerima sumbangan duit raya dan cenderahati biskut raya yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Tiara Hotel Labuan, Chai Tze Kee.

OkMenurut Chai, majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan setiap tahun ketika menjelangnya Ramadan bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang kurang bernasib baik khususnya anak anak yatim dan asnaf.

“Ia juga sebahagian daripada tanggung jawab sosial (CSR) syarikat kami kepada masyarakat yang memerlukan bantuan terutamanya kepada golongan asnaf ”katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Howard Martin Kim Sung @Cornelius dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Labuan, Khairul Amin Abdul Rashid.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN