27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tiada aduan diterima bekalan air bersih terputus semasa sambutan Hari Haya Aidilfitri: Robert

Robert (kelapan dari kanan) mengabadikan gambar kenangan dengan keluarga Puan Sumiati.

KENINGAU: Tiada aduan diterima berkaitan bekalan air bersih terputus semasa sambutan Hari Haya Aidilfitri di daerah ini.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, walau bagaimanapun Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Keningau memaklumkan sekiranya hujan tidak turun lagi dalam seminggu ini akan mengakibatkan tekanan air rendah di Loji Rawatan Air (LRA) Bunsit.

Katanya, mengikut laporan daripada pihak JANS di sini, sungai bayayo semakin cetek.

“Jadi kita berharap agar hujan dapat turun seperti mana yang kita alami baru ini ada dua hari hujan dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan stok bekalan air di LRA Bunsit.

Robert yang juga ADUN Bingkor berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di rumah Puan Sumiati Yunus di Kampung Banginda dekat sini.

Pada masa sama Robert memberitahu, Jawatankuasa Bencana Alam Daerah (JKDB) Keningau juga mengambil inisiatif bertugas secara bergilir-gilir semasa perayaan Aidilfitri ini.

Ini katanya, bagi membantu mana-mana kawasan perkampungan yang mengalami kekurangan bekalan air untuk penghantaran bekalan air bersih menggunakan pengangkutan lori tangki.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN