30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

TERUSKAN KECEMERLANGAN TADIKA SWASTA DI RANAU: PPD

Puan Barizah menyampaikan sijil tamat tadika kepada salah seorang pelajar di majlis itu

RANAU: Majlis Penyampaian Sijil Tamat Tadika : Majlis Gabungan Tadika-Tadika Swasta Daerah Ranau Kali- 8 Tahun 2023/2024 dirasmikan oleh Puan Barizah binti Mohd Kahar Pegawai Pendidikan Daerah Ranau dan diiringi oleh Tuan Sandy Kariki selaku Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, PPD Ranau, Tuan Jenuil Makinda Menjalankan Tugas Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Ranau dan Dr. Siti Aisyah Binti Mat Saad, Penolong PPD, Sektor Pengurusan Sekolah, Unit Institusi Pendidikan Swasta dan IPS, SPS, PPD Ranau.

Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Puan Barizah Binti Mohd Kahar memuji peningkatan yang telah dicapai oleh institusi tadika swasta di daerah ini dan menggesa agar mereka meneruskan kecemerlangan tersebut di masa hadapan.

“Tahniah buat 11 buah sekolah kerana dapat bergabung dan tahniah kepada anak-anak yang baik dan cerdik ini yang bakal memasuki tahun 1 pada bulan Mac 2024. Tahniah kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan begitu cemerlang.

“Seramai 148 orang murid tadika seluruh daerah Ranau menerima Sijil Tamat Tadika pada kali ini dan dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan Terima kasih kepada semua murid yang akan menerima sijil pada kali ini”.

“Begitu juga, jutaan terima kasih kepada para ibu bapa, guru-guru, seluruh warga Institusi Pendidikan Swasta Daerah Ranau dan juga jawatankuasa majlis yang telah bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan majlis kita pada kali ini berjalan dengan lancar,” kata beliau.

Puan Barizah berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Tadika Majlis Gabungan Tadika-Tadika Swasta Daerah Ranau Kali Ke-8 yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini.

Tambah beliau, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Institusi Pendidikan Swasta jelas dalam meningkatan enrolmen murid melalui inisiatif #104 dan pengurusan IPS yang berkualiti.

“Ini merangkumi mendapatkan permit-permit yang berkenaan setiap tahun. Jadi tahniah kepada semua pengusaha tadika swasta yang telah memenuhi semua kriteria yang diperlukan”.

Barizah (tengah) dan lain-lain bergambar kenanganbersama para pengusaha tadika swasta, guru-guru dan para pelajar tadika semasa majlis tersebut berlangsung

“Kita amat mengharapkan agar apa yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 dapat dipatuhi dan dipenuhi sepenuhnya untuk pengoperasian Institusi Pendidikan Swasta khususnya tadika-tadika swasta di daerah Ranau. Tahniah dan Terima kasih kepada semua tadika swasta daerah Ranau,” kata beliau.

Puan Barizah juga turut menegaskan bahawa anak-anak adalah aset yang amat penting dalam pembangunan negara, juteru mereka mesti mendapat akses kepada pendidikan secara langsung mahupun tidak langsung melalui kemudahan pendidikan yang akan menyediakan mereka kepada pengalaman-penglaman yang cukup berkesan dalam hidup mereka kelak.

“Pengalaman tersebut akan memberi kesan dalam memantapkan potensi individu. Oleh itu, majlis tamat tadika seperti ini adalah satu wadah yang akan membentuk pengalaman pembelajaran yang unik dan paling berharga buat mereka.

“Semoga semua anak-anak yang melalui Majlis Tamat Tadika pada hari ini akan terus menjadi insan yang berguna dan cemerlang sehingga ke universiti kelak”.

“Kami di Pejabat Pendidikan Daerah Ranau mengharapkan agar anak-anak ini akan mendapat Pendidikan yang lebih tinggi dan seterusnya dapat berbakti untuk agama, bangsa dan negara,” kata beliau.

Menurutnya lagi, terdapat 71 buah sekolah rendah dan 11 buah sekolah menengah yang sentiasa mengalu-alukan anak-anak yang akan tamat tadika pada kali ini.

“Semoga majlis ini dapat memberikan galakan dan impak yang terbaik bagi semua yang terlibat dan semoga anak-anak yang akan menerima sijil tamat tadika akan sentiasa berjaya di dunia dan akhirat,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN