Abidin menerima borang keahlian baharu Parti Star
RANAU: Rakyat di sini digesa agar terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana pencapaiannya yang amat membanggakan dalam bidang ekonomi, pembangunan, sosial dan keperluan rakyat, antara lain.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, semasa pemerintahan GRS, hasil negeri mencatat peningkatan tiga tahun berturut turut, dan ia merupakan yang tertinggi dalam sejarah.
Selain itu, katanya, era GRS juga memperlihatkan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) empat tahun berturut turut sejak 2021.
“Semsa GRS memerintah, kita juga melihat pengwujudan inisiatif Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI) untuk memberi bantuan kepada anak-anak yang berjaya memasuki Institusi Latihan Kemahiran Awam (IPTA).
“Pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada keluarga miskin juga dilaksanakan dan jumlahnya juga akan dinaikkan daripada 20 unit ke 40 unit pada tahun hadapan,” katanya.
Justeru, katanya, rakyat perlu terus memberi sokongan padu kepada kerajaan GRS kerana pencapaiannya yang amat membanggakan dan supaya rakyat terus menerima limpahan kesejahteraan hidup pada masa yang mendatang.
Abidin yang juga Adun Paginatan berkata demikian semasa merasmikan Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin dan Penerimaan 30 Keahlian Baru Parti Star yang diadakan di Balai Raya Kg Mantapuk Ranau, baru-baru ini.
Sementara itu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli baru yang menyertai Parti Star, di mana penyertaan itu sudah tentu memantapkan kedudukan GRS di DUN Paginatan khasnya dan di Sabah amnya.
Berkenaan dengan keperluan-keperluan di Kg Mantapuk, beliau mengakui bahawa keperluan penyelenggaraan jalanraya dan jambatan gantung memang memerlukan perhatian segera dan mendesak dan akan sampaikan kepada pihak Pejabat Daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat pemeriksaan dan penilaian.
“Mengenai permohonan tanah daripada penduduk Kg Mantapuk, saya difahamkan terdapat masalah persempadanan antara Kg Mantapuk dan Kg Maringkan.

Abidin (tengah) dan lain-lain menunjukkan tanda bagus terhadap program yang dijalankan itu
“Walaubagaimanapun kita memohon kepada Ketua Kampung supaya menyenaraikan permohonan tanah untuk kita kemukakan Pejabat Tanah Ranau untuk tindakan lanjut
“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada kedua-dua kepimpinan kampung iaitu Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK supaya saling bekerjasama di antara satu dengan yang lain,” kata beliau.
Menurut Abidin, kedua-dua kepimpinan kampung ini harus mengetahui bidang kuasa masing-masing bagi mengelakkan sebarang percanggahan.
“Ketua Kampung adalah bertanggungjawab atas soal Adat dan tanah kampung sementara JKKK bertanggungjawab keatas pembangunan, keselamatan dan kesejahteraan kampung,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi JKKK Mentapuk, Wiley Ukili merakamkan ribuan terima kasih atas kehadiran YB Datuk ke akwasan itu yang mana pengujudan Ketua Kampung dan JKKK Kg Mantapuk sudah pun dibuat sejak tahun 1976.
“Banyak pertolongan yang Datuk sudah berikan kepada Kg Mantapuk seperti keperluan balairaya iaitu kerusi, PA sistem dan sebagainya.
“Terdapat dua keperluan mendesak yang memerlukan perhatian Wakil Rakyat, iaitu pembinaan semula jambatan gantung Kg Mantapuk dan jalan akses ke Kg Mantapuk dari Kg Miruru yang kini dalam keadaan yang amat teruk sekali,” katanya.
Ketua Kampung, Lias Ujin memohon supaya Wakil Rakyat campur tangan membantu penduduk kampung supaya permohonan tanah Kg Mantapuk dapat diproses dan dimasukkan dalam mesyuarat LUC.
Menurut beliau,setakat hari ini belum ada satu pun geran tanah dikeluarkan di Kg Mantapuk.
Turut hadir Pegawai Khas kepada Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling, Ketua Anak Negeri, Dualis Porodtong, Pemaju Mukim, Yasiri Bijin, Ketua Wiranita, Nurjana Abas, Ketua Wiramuda, Hillary Salmoen, dan Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.