TERKINI: Peter Anthony umum keluar WARISAN

TERKINI: Peter Anthony umum keluar WARISAN

28/12/2021 Off By Aduka Jasnin Suman

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony membuat pengumuman keluar parti hari ini dan akan menubuhkan parti baharu mesra kerajaan GRS dalam masa terdekat.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar yang dilakukan di KKIA, setibanya dari Kuala Lumpur sebentar tadi.

Turut hadir di KKIA ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuantim.

Juil yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut KDM Malaysia, dijangka mengikuti langkah Datuk Peter Anthony keluar WARISAN.

Semalam, Peter menjemput media hadir ke sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), untuk tujuan sidang media.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Peter mempertahankan kerusi DUN Melalap setelah memperoleh 5,694 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang memperoleh hanya 3,526 undi.

BERITA LANJUT MENYUSUL