Dibuka 1 lorong sahaja
RANAU: Jalan Kota Kinabalu – Sandakan, di Kilometer 109.378, Ranau, dekat Riverside Mart, di sini dibuka satu lorong sahaja bermula esok (13 Januari).
Jurutera Dearah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, Alvonna @ Farhanah Jammy, dalam kenyataan hari berkata, laluan tersebut hanya dibuka untuk pengguna dari arah Sandakan ke Kota Kinabalu sahaja.
“Hanya kenderaan dengan had muatan tidak melebihi 8 tan sahaja yang dibenarkan melalui jalan tersebut untuk sementara waktu sebelum dibuka sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan pada 18 Januari depan.
“Bagi kenderaan yang melebihi 8 Tan ke atas, sila gunakan laluan alternatif Jalan Marak-Parak – Kota Marudu,” katanya, hari ini.
Tegas beliau lagi, bagi pengguna jalan daripada Kota Kinabalu / Ranau ke Sandakan boleh menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Sinarut Baru – Togudon Baru atau Jalan Gereja SIB.
“Mohon kepada semua pengguna agar berhati-hati melalui laluan tersebut dan sila patuhi arahan papan tanda yang telah disediakan.
“Kerjasama daripada semua amatlah dihargai. Segala kesulitan amatlah dikesali,” tambahnya.