RANAU, 6 Januari 2023: Laluan alternatif Jambatan Takurik -Gereja SIB Pekan, yang menjadi laluan dari arah Pantai Timur, dijangka akan dibuka semula kepada kenderaan ringan petang ini.
Tinjauan media di lokasi mendapati, kerja-kerja pemadatan tanah dan batu sedang giat dilakukan syarikat konsesi Lintasan Resources Sdn Bhd.
Pekerja Lintasan yang ditemui di lokasi berkata, sebanyak 200 tan batu jenis ‘Crusher Run’ digunakan untuk menimbus jalan alternatif sepanjang kira-kiran 310 meter itu.
“Kerja-kerja pemadatan mengambil masa lebih kurang 2 jam sebelum dibuka untuk semua jenis kenderaan ringan dari arah Pantai Timur (sahaja), sebelum jam 6 petang ini.
Setakat jam 3.00 petang tadi, sejauh lebih-kurang 50 meter sudah ditabur batu termasuk kerja pemadatan.
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL