Terence Sinti
TAMPARULI: Terence Sinti kembali menerajui kepimpinan STAR Bahagian N.15 Kiulu setelah dipilih menjadi Ketua Bahagian dalam pemilihan Mesyuarat Agung Tritahunan STAR Bahagian N.15 Kiulu baru-baru ini.
Beliau menewaskan penyandang Ketua Bahagian sebelumnya Dominik Yasun dan seorang lagi calon Victor Saliman dalam pertandingan tiga penjuru.
Terence Sinti sebelum ini merupakan mantan Ketua Exco Wiramuda STARSABAH. Beliau yang telah memulai pergerakan dan perjuangan STAR di Kiulu, pernah memegang jawatan ketua bahagian STAR Kiulu dari tahun 2012 hingga 2020.
Terence juga pernah menjadi calon mewakili parti STAR dalam pilihanraya UMUM 13 dan 14 di kawasan DUN Kiulu.
Bagi Jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula, turut menyaksikan pertandingan 3 penjuru di menangi oleh Jackson Somingou menewaskan dua pencabarnya Saimin Galungan dan Edward Taning.
Tiga jawatan Naib Ketua bahagian telah dimenangi oleh Julita Madaun, Alizah Saiman dan Duanis Saimi.
Manakala bagi jawatan pertandingan merebut tujuh jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) menyaksikan pertandingan 11 penjuru dan dimenangi oleh Lotius Bagu, Haileep Sinti, Bonaventure Rumanus, Martin Ginsos, Maritin Madaun, John Kaling dan Michael Linggu.

Terence Sinti (duduk tengah)
Terence Sinti dalam ucapannya selepas dipilih mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan yang telah menyokong dan memberikan kepercayaan kepada beliau untuk kembali menerajui Kepimpinan STAR Kiulu.
“Bersama kepimpinan yang baru, saya akan berusaha untuk memperkasakan parti STAR Kiulu dan akan terus bersuara memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di sini dengan tumpuan kepada aspek pembangunan dan kebajikan rakyat.
“Saya juga berharap agar kerjasama antara komponen parti dalam GRS khususnya di kiulu ini dapat diperkuatkan bagi persiapan menghadapi pilihanraya Negeri yang dijangkan akan diadakan pada tahun hadapan”, katanya.