26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tenda Lakibiny & Blacklite dari Sabah menjuarai  Glamping Borneo 2024

PEMENANG  bagi kategori Glampling Borneo Terbuka  bergambar bersama  Simsudin dan Rithuan (berdiri tengah).

LABUAN: Keluarga Tenda Lakibiny & Blacklite dari Sabah menjuarai Glamping Borneo Ambang Tahun Baru 2024 yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada 1 Januari lalu.

Keluarga Tenda Lakibiny & Blacklite dinobatkan johan  bagi kategori Glamping Borneo Terbuka sekaligus  membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

Naib johan dimenangi oleh keluarga Soulmate Camperz dari Sarawak untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan tempat ketiga dimenangi oleh keluarga Rer Camperz dari Wilayah Persekutuan Labuan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Sementara itu, pasukan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan muncul johan bagi kategori  agensi kerajaan untuk berkongsi hadiah wang tunai RM1,000.

Naib johan dimenangi oleh Jabatan Imigresen Labuan menerima hadiah wang tunai RM800.00 dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) menerima hadiah wang tunai RM600.

Tempat keempat dan ke lima masing masing dimenangi oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan dan SMK Mutiara.

Pihak penganjur turut menyediakan hadiah bagi kategori Dinner Table Beach Set-up sebagai menghargai  usaha dan kreativiti para pesertaa dengan menyaksikan   keluarga H.H.Champers dinobat sebagai johan. Manakala  tempat kedua dan ketiga  ketiga masing masing dimenangi oleh keluarga Soulmate Campers dan MFA Familia Campers.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Glamping Borneo yang  bertemakan Night & Nativie anjuran bersama Perbadanan Labuan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan   telah disertai  250  peserta membabitkan 186 penyertaan dari Labuan, 24 dari Sabah dan selebihnya dari Sarawak.

Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 itu bukan sahaja mempamerkan keindahan Labuan sebagai sebuah pulau yang  kaya dengan biodiversiti alam tetapi juga dapat mempromosikan Labuan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN