29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tapak Pasar Malam Ranau akan dinaiktaraf: MDR

GIMIKā€¦.Jumain (kanan) menanam anak pokok Busida disaksikan mencangkung dari kiri: Rajipin,Jupirin, Tan Eng Sing dan berdiri belakang dari kiri, Benedict, Tan Eng Sing, Dominik dan Malakim.

RANAU: Majlis Daerah Ranau (MDR), akan menaiktaraf Tapak Pasar Malam pekan itu sebagai Pasar Malam Berbumbung demi kemudahan dan keselesaan orang ramai khususnya para  penjaja berlesen.

Pegawai Daerah yang juga Pengerusi MDR, Jumain Bin  Abd.Ghani berkata sudah sampai masanya kemudahan Pasar Malam Berbumbung dilaksanakan sebagai satu kemudahan orang ramai terutama para penjaja di pasar malam berkenaan.

“Sekarang ini, para penjaja terpaksa memasang khemah sendiri yang tidak seragam  malah ada yang sudah koyak (bucur)”, jelas Jumain ketika ditemui selepas menyertai satu projek Gotong Royong Santai membersihkan tapak dan sekitar Pasar Malam pekan pada Rabu.

Jumain berkata,  cadangan menaiktaraf tapak Pasar Malam itu, akan menjadi kenyataan   jika ada sokongan menyediakan dana daripada para pemimpin dan pihak kerajaan.

Beliau merakam penghargaan dan terima kasih  kepada semua yang hadir menjayakan  gotong royong itu  meskipun masih dalam suasana pandemik Covid-19 belum berakhir.

Gotong royong anjuran bersama Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) dan Skuad Kebersihan MDR itu merupakan antara usaha MDR mewujudkan kawasan awam sekitar pekan Ranau agar sentiasa bersih, cantik, ceria dan selamat.

Terdahulu, Pegawai Eksekutif MDR Jupirin Haji Ruhimin dan Pengerusi JKDB, Tan Eng Sing ketika ditemu turut berterima kasih atas sokongan serta kehadiran orang ramai termasuk ketua-ketua dan kakitangan  jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan, para ahli perniagaan serta NGO yang lain menyertai gotong royong yang julungkali diadakan itu.

“Kita juga berterima kasih
kepada pengusaha Baja  Organik Tosonong, Rajipin Bin Gutok kerana menyumbang 15 anak pokok  jenis ‘Busida’ yang di tanam sempena gotong royong hari ini”, jelas Jupirin  turut disokong Tan Eng Sing.

Menurut Tan Eng Sing, Kempen Kebersihan Dan Kesedaran Sivik Melalui Gotong Royong itu juga bertemakan ‘Cintai Kebersihan Alam Sekitar’  memberi kesedaran kepada awam agar sentiasa mengamalkan kebersihan setempat bagi mengelakan jangkitan penyakit berjangkit yang.mungkin disebabkan persekitaran yang kotor.

Antara yang turut menyertai gotong royong santai itu ialah, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda dengan rombonganya dari pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau dan PKM  DUN Paginatan, Onit@Sainin Bin Hamid.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN