30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tanjung Aru Johan Pertandingan Bercucul Hari Wilayah

Tahniah… Dr Fary (tengah) bersama Ketua Kampung yang menerima hadiah Pertandingan Bercucul (Kecerian Lampu) sempena Program Kibar Jalur Gemilang Hari Wilayah Peringkat Labuan.

Labuan: Komuniti Kampung Tanjung Aru menarik nafas kegembiraan apabila kampung mereka dinobat sebagai juara Pertandingan Bercucul (Kecerian Lampu) sempena Program Kibar Jalur Gemilang Hari Wilayah yang diadakan pada Febuari lalu.

Dengan kemenangan itu, kampung Tanjung Aru yang berjaya menewaskan 26 kampung lain menerima hadiah wang tunai RM3,000.
Naib johan dimenangi oleh Kampung Kilan Pulau Akar yang menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh kampung Sungai Miri untuk menerima hadiah wang tunai RMM1,000.

Manakala tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi oleh Kampung Durian Tunjung dan Kampung Sungai Bedaun untuk menerima hadiah sagu hati bernilai RM500.

DIRAIKAN…. Dr, Fary (tengah) bersama sebahagian Ketua Kampung yang hadir diraikan dalam majlis makan malam Sanjungan Budi, pada Khamis.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman dalam satu majlis Makan Malam Sanjungan Budi dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Lampu Sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Hari Wilayah Persekutuan peringkat Labuan di Hotel Lazenda dekat sini, pada Khamis.

Sementara itu, seramai 27 Ketua Kampung yang akan menamatkan perkhidmatan mereka pada Oktober ini turut diraikan dalam majlis tersebut sebagai bagi menghargai dan mengenang jasa sepanjang tempoh mereka berkhidmat sebagai Ketua Kampung.

Difahamkan lantikan Ketua Kampung yang baharu akan di buat dalam waktu yang terdekat selepas mendapat kelulusan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekitif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Rithuan Haji Ismail dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud.

TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN