Tanam pokok bunga ‘Lidah Jin’, hobi masa lapang.

Tanam pokok bunga ‘Lidah Jin’, hobi masa lapang.

23/05/2021 Off By Admin

Gambar – AIRINE memperlihatkan antara bunga ‘Lidah Jin’ yang ditanamnya.

0leh: JAINUDDIN NASIR

RANAU: Selain meminati menanam pokok bunga hidup ‘Ati-Ati’ dan gemar memasak, Airine Abidin  anak ketiga daripada lima beradik kelahiran daerah Telupid, turut meminati menamam pokok ‘Lidah Jin’ bagi mengisi masa lapangnya.

Menurut Airine, mengikut cerita orang tua-tua menanam pokok Lidah Jin boleh menghalang daripada gangguan hantu syaitan, namun ia tidak relevan lagi pada zaman sains dan teknologi masa kini sebaliknya, hanyalah sebagai hobby bertujuan menghias seri halaman rumah dengan pelbagai jenis bunga-bungan menjadi terapi minda  dan hiburan semata-semata.

Menurutnya, menanam pokok bunga-bungaan hidup juga boleh dijadikan sumber pendapatan yang memberi pulangan  lumayan jika diusaha dengan tekun.

Airine menanam lebih 30 jenis bunga ‘Ati-Ati’, lebih 10 jenis bunga be’Lidah Jin’ dan lebih 10 jenis lagi adalah jenis bunga’Lidah Buaya’, namun belum ada yang jualnya setakat ini.

“Kalau sudah tumbuh banyak barulah saya jual kepada sesiapa yang berminat”, jelas Airine ketika ditemu bual wakil Borneo Daily Bulletin.

Beliau memaklumkan daun bunga ‘Lidah Buaya’ punyai keistimewaannya tersendiri untuk memulihkan tompok jeragat menghaluskan serta memutihkan kulit muka jika digunakan dengan cara yang betul.

“Bagaimanapun, saya sendiri belum mencubanya, hanya setakat dengar cerita dari kawan-kawan yang pernah mencubanya”, tambah Airine yang berkulit cerah secara semulajadi.

Ditanya dari mana dia peroleh bekalan anak benih pokok bunga yang ditanamnya, Airine memberitahu yang semuanya itu adalah dibelinya dari tamau awam pekan Ranau dan yang lainnya pemberian daripada kawan-kawannya.

“Saya cuba menjadi seorang usahawan bunga asli tempatan bagi memelihara khazanah bumi yang indah daripada pupus atau hilang atas sebab kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab”, tambah Airine.