26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tanah runtuh, lebih 100 penduduk Pisuk-Pisuk, Lohan Ulu, bimbang runtuhan susulan

GAMBAR ATAS: Runtuhan sepanjang kira-kira 100 meter dari jalanraya utama, Jalan Ranau-Lohan Ulu

RANAU: Lebih 100 Penduduk di sebuah kawasan perumahan dikenali Pisuk-Pisuk dekat  Kampung Lohan Ulu, di sini dilanda kebimbangan berikutan kejadian tanah runtuh yang menjejaskan kediaman mereka akibat hujan lebat malam tadi, Jumaat.

Tinjauan media di lokasi kejadian kira-kira 6 kilometer daripada pekan Ranau, sebelum simpang masuk SMK Agama Mohd Ali, mendapati berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 100 meter dari kawasan lereng bukit, Jalan Lohan -Bongkud.

TERJEJAS…sebahagian rumah yang terjejas tanah runtuh di Pisuk-Pisuk Lohan Ulu pada Jumaat.

Menurut salah seorang penduduk yang ditemui, Donald Siuokon, 55, kejadian berlalu sekitar jam11.30 malam tadi ketika kebanyakan penduduk (penghuni rumah) dipercayai sedang tidur.

“Ketika itu hujan lebat disusuli petir, kilat dan guntur. Naman saya tidak menyangka akan belaku sesuatu bencana di kawasan kami.

“Bagaimanapun, tiba-tiba saya terdengar  bunyi sesuatu di luar rumah. Dalam keadaan gelap dan hujan, saya dan beberapa penghuni dari 12 buah rumah yang lain keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Alangkah terkejutnya kami apabila  mendapati beberapa halaman rumah telah dinaiki lumpur bercampur batu dan serpihan pokok hingga ke tangga dan dinding luar rumah.

“Rupanya ia berpunca dari tanah di lereng bukit yang mengalami gelongsoran  diakibatkan oleh hujan lebat,” jelasnya kepada wartawan Borneo Daily Bulletin yang meninjau lokasi kejadian pagi tadi.

Donald…menunjukan lokasi tanah runtuh.

Menurut Donald, mujur dalam kejadian itu tiada kemalangan jiwa berlaku serta kerosakan pada rumah yang terlibat. Sebagai langkah keselamatan, penghuni beberapa buah rumah yang berisiko, terpaksa keluar daripada rumah pada malam itu.

Sementara itu, Pegawai Daerah Ranau, Mohd Yassin Ibrahim ketika meninjau lokasi kejadian hari ini, menasihatkan penduduk kawasan itu agar berpindah buat sementara waktu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

TINJAU LOKASI..Mohd Yassin (kedua kanan) bersama Lt.Adrian (kanan), Insp. Alli (kiri), Ridwan (kedua kiri) dan Donald (tengah)

“Kita risau akan berlaku runtuhan susulan  berikutan cuaca hujan sejak beberapa hari di daerah ini. Justeru, mereka yang tinggal di kawasan itu sangat berisiko” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Ranau.

Menurut Mohd Yassin, pemerikasan awal di lokasi kejadian turut mendapati jarak runtuhan hanya kira-kira lapan meter dari jalaraya utama. Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau akan dihubungi untuk melakukan pemeriksaan susulan di lokasi terbabit.

DARI SINI…Donald menunjukan laluan air/ banjir dari jalanraya utama yang didakwanya mengalir ke lereng bukit sebagai punca runtuhan.

Turut serta dalam tinjauan itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (KBBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Ranau,  Lt. Adrian Dauli dan beberapa pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Ranau.

Dalam pada itu, PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Ranau turut menyampaikan sumbangan beberapa kotak berupa air minuman (Mineral Water) kepada penduduk terjejas tanah runtuh.

Sumbagan disampaikan Insp. Alli Minggu, mewakili Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Sammy Newton.//

SUMBANGAN…Insp. Alli (kiri) ketika menyampaikan sumbangan kotak minuman kepada Donold yang mewakili penduduk Pisuk-Pisuk, Lohan Ulu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN