Anwar (tengah) tiba di LTAKK
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas menamatkan lawatan kerja sehari di Sabah, pada Sabtu.
Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri
, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK)pada jam 2.25 petang.Hadir mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud; Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Rubin Balang dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Awang Juri Awang Tahir.
Sepanjang lawatan berkenaan, Anwar menghadiri beberapa program termasuk sesi lawatan ke Pos Dogoton, Batu Asas SMK Banggi Karakit selain turut menyantuni masyarakat setempat di Pulau Banggi. –OLEH PENERANGAN



