ADVERTISEMENTspot_img

Christebell Masius Rangkul Gelaran Unduk Ngadau Kaamatan Ranau 2026

Christebell Masius (tengah) diapit oleh Lyvylen (kanan), Elana (kiri) dan lain-lain dalam acara itu

RANAU: Christebell Masius dari Kg. Bongkud, Ranau muncul johan dalam Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Ranau 2026 yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau pada hari Sabtu.

Dengan kemenangan itu, Christebell akan mewakili daerah Ranau dalam pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah di Hongkod Koisaan KDCA Penampang hujung bulan ini.

Sebagai johan pertandingan itu, beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000, mahkota Unduk Ngadau, piala, sejambak bunga dan hadiah-hadiah tajaan. Dalam pertandingan itu, beliau turut memenangi kategori Tati Rasuk Pongitanan.

Dalam pada itu, tempat kedua dimenangi oleh Lyvylen Ryene Dohny yang mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM6,000 dan hadiah-hadiah lain, sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Elana Joyce dengan hadiah wang tunai RM3,300 dan hadiah-hadiah lain.

Tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi oleh Bridget Des Joannes dan Jane Ellyria Jatri. Untuk gelaran, Tati Korohian Id Facebook, dimenangi oleh Emilya Simun dengan Jumlah Undian sebanyak 5,000 Likes.

Acara yang dihadiri ribuan orang penduduk tempatan itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri II metangkap Menteri Kewangan yang juga ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Turut menyerikan sambutan itu adalah kehadiran ratu-ratu Unduk Ngadau tahun 2025, para pemenang pertandingan Kamatan dan juga barisan para pemimpin tempatan terdahulu dan semasa.

Antara kenamaan yang hadir termasuk Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Adun Paginatan, Datuk Rusdin Roman, wakil Datuk Dr Joachim Gunsalam, Datuk Arthur Tsen, Pengerusi Jetama yang juga mantan Adun Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, para sponsor dan lain-lain.

Dalam ucapannya, Masidi berkaita, Kaamatan bukanlah milik satu kaum semata-mata, tetapi ia adalah symbol penyatuan yang melangkaui batas etnik, kepercayaan, dan latar belakang.

Sambutan Pesta Kaamatan, katanya, merupakan sebuah sambutan warisan yang bukan sahaja memperingati hasil tuaian padi,”tetapi juga melambangkan kekuatan budaya, keharmonian masyarakat, dan identiti kita sebagai rakyat Sabah.

“Tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, iaitu ‘Kaamatan:Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian’, amat bertepatan dengan semangat yang kita ingin semarakkan dalam kalangan rakyat.

“Hasil “tuaian” yang paling berharga bagi kita di Sabah adalah keutuhan perpaduan yang menjadi asas kepada kestabilan dan kemajuan yang kita kecapi hari ini,” katanya.

Sementara itu Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau Tahun 2026 Tinus Bin Manggam berkata, Pesta Kaamatan bukan sahaja satu warisan budaya unik bagi masyarakat Kadazandusun Murut Rungus (KDMR), malah ia merupakan medan untuk semua masyarakat tanpa mengira latar belakang-bersatu dalam semangat perpaduan dan syukur atas rezeki yang dikurniakan.

“Tema sambutan tahun ini, membawa mesej yang sangat mendalam buat kita semua. la mengingatkan bahawa intipati sebenar Kaamatan bukan sekadar meraikan hasil tuaian di ladang, tetapi menuai semangat perpaduan yang telah lama kita semai.

“Di Ranau,keharmonian antara pelbagai latar belakang etnik dan kepercayaan adalah hasil yang paling berharga untuk kita raikan dan pelihara demi kemajuan budaya masa depan.

“Selaku Pegawai Daerah Ranau, saya amat berbangga kerana Ranau terus memainkan peranan penting dalam pemeliharaan perayaan tradisi ini,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN