26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tanah runtuh ekoran hujan berterusan

Anggota Pertahanan Awam memantau kejadian yang berlaku di Kg Kinasaraban Kundasang pada Selasa


RANAU: Hujan lebat yang turun berterusan di daerah ini telah mengakibatkan runtuhan tanah bukit yang merosakkan sebuah struktur rumah yang sedang dalam pembinaan dekat sini pada hari Selasa.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Ranau, Lt(PA) Adrian Dauli memberitahu bahawa kejadian beraku di Kg Kinasaraban, Kundasang pada kira-kira jam 7.30 pagi.


“Pihak kita menerima aduan awam tentang kejadian itu dan pasukan kami bergerak ke lokasi di Kg Kinasaraban bagi memantau tanah runtuh yang berlaku di halaman perumahan Penduduk kampung.


“Setelah tiba di lokasi, anggota mendapati satu tanah runtuh telah berlaku dan melibatkan kerosakan sebuah rumah penduduk yang sedang dibina.


“Ia juga melibatkan wayar Telekom dan jika tidak mendapat penyelesaian segera, ia akan mengakibatkan wayar tersebut akan terputus dan jalan raya kampung akan tertimbus dan tidak dapat dilalui,” jelas beliau.


Menurut Adrian, hujan berterusan dan parit tersumbat menyebabkan limpahan air di halaman dan menyebabkan kejadian tanah runtuh tersebut.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN