Tan ketika menerima anugerah APBN yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Mohd Taib baru baru ini.
LABUAN: Setiausaha agung Persatuan Wushu Labuan, Tan Chee Haw yang dinobatkan johan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2025 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan sebagai satu pengiktirafan dan amanah untuk terus membangunkan belia,
Beliau yang memenangi anugerah itu bagi kategori lelaki berkata kemenangan itusebagai satu pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang beliau dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kesukarelawanan, kemasyarakatan dan pembangunan belia.
Tan yang juga Setiausaha Persekutuan Wushu Sanda Malaysia berkata, beliau tidak pernah terfikir akan terbabit dalam pembangunan belia, apatah lagi mengetahui akan wujudnya anugerah seperti ini
” Saya amat bersyukur dan lebih bersemangat untuk terus maju kehadapan” , katanya selepas menerima anugerah itu baru baru ini.
Tan yang merupakan anak jati Labuan adalah seorang belia yang sangat aktif dalam berpersatuan sehingga diberi kepercayaan untuk memeggang pelbagai jawatan lain antaranya, Setiausaha Agung Persatuan Kickboxing Labuan dan Kickboxing Antarabangsa (Borneo), Setiausaha Persatuan MMA Malaysia, Ahli Jawatankuasa dan juruaudit Dalaman Stray Free Labuan, Rakan Niaga BCG MMA Akademi dan Pengarah Projek BMAEX.
Beliau juga adalah seorang jurulatih yang berjaya memperkasakan belia khususnya dalam bidang sukan Wushu, selain aktif dalam menganjurkan dan mengurus beberapa kejohanan Wushu bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.
Pada masa yang sama beliau telah berjaya membimbing atlet muda Wushu Labuan sehingga meraih beberapa kejayaan di pentas kebangsaan seperti di Sukan Malaysia (SUKMA) dan Kejohanan Wushu kebangsaan.
Selain aktif dalam bidang sukan, Tan juga turut berbakti kepada masyarakat menerusi pelbagai inisiatif sosial, termasuk membantu belia tanpa dokumen mendapatkan kad pengenalan yang sah serta memperjuangkan kebajikan haiwan jalinan dan mewujudkan platform keusahawanan sukan untuk belia.



