27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tamu Pekan Nabawan dijangka akan dibuka peghujung bulan November ini

Kelihatan sebahagian daripada penjaja tamu Pekan Nabawan yang mengikuti gotong-royong membersih tapak tamu.

NABAWAN:Tamu Pekan Nabawan dijangka akan dibuka pada hujung bulan November ini selepas kerja-kerja susun atur tapak tamu mengikut SOP tamu yang ditetapkan oleh MKN.

Penolong Penguatkuasa Majlis Daerah Nabawan Iman Hamizan Kapit Abdullah berkata, pembukaan tamu hanya untuk penjaja dan pelanggan dari Daerah Nabawan sahaja.

Walau bagaimanapun katanya, operasi tamu di daerah ini akan dibuka kepada penjaja dari luar daerah Nabawan apabila keadaan penularan covid-19 pulih sepenuhnya.

“Operasi tamu akan diadakan sekali dalam seminggu iaitu pada setiap hari Sabtu” katanya selepas gotong-royong membersih tapak tamu dan persediaan pembukaan operasi tamu hari ini.

Gotong-royong anjuran bersama Majlis Daerah Nabawan, Persatuan penjaja dan peniaga kecil Nabawan itu dihadiri oleh seramai 96 penjaja Daerah Nabawan.

Pengisian program gotong-royong adalah taklimat SOP tamu oleh Bahagian Penguatkuasa Majlis Daerah Nabawan.

Menurut Iman, Penjaja/Operator termasuk pengunjung hendaklah telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Katanya, pembukaan semula operasi tamu dibuat selepas mengambil kira penilian risiko oleh Majlis Daerah Nabawan dan atas arahan Pengerusi PKOB Daerah Nabawan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN