30.6 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tamu Pekan Nabawan dijangka akan dibuka 16 Januari 2021

Iman (depan tiga dari kanan)bersama Jaiping (empat dari kanan)bergambar dengan para penjaja yang menyertai gotong-royong itu.

NABAWAN – Tamu Pekan Nabawan dijangka akan dibuka pada 16 Januari ini.

Penolong Penguatkuasa Majlis Daerah Nabawan Iman Hamizan Kapit Abdullah berkata, pembukaan tamu hanya untuk penjaja dan pelanggan dari Daerah Nabawan sahaja.

Katanya, pembukaan tamu di daerah ini akan dibuka kepada penjaja dari luar daerah Nabawan selepas kes COVID-19 di negeri Sabah berkurangan.

“Ini bagi memgelakkan penularan pandemik  COVID-19” katanya selepas gotong-royong membersih tapak tamu dan persediaan pembukaan operasi tamu hari ini.

Kelihatan para penjaja membersihkan tapak tamu.

Gotong-royong anjuran bersama Majlis Daerah Nabawan, Pejabat Kesihatan Nabawan dan Persatuan penjaja dan peniaga kecil Nabawan itu dihadiri oleh seramai 131 penjaja Daerah Nabawan yang berdaftar dengan Majlis Daerah Nabawan.

Pengisian program gotong-royong adalah taklimat Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan Jaiping Minsu mengenai operasi pembukaan tamu dan diikuti taklimat COVID-19 oleh wakil dari Pejabat Kesihatan Nabawan.

Selain itu saringan COVID-19 kepada penjaja oleh Pejabat Kesihatan Nabawan turut dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Nabawan. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN