Hasin (tengah) bersama dua rakannya semasa di tapak tamu Fama Ranau.
RANAU: Tamu Lembaga Pamasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) daerah ini, yang diadakan setiap Rabu bermula jam 6.00 pagi hingga 1.00 petang menjadi ‘Lubuk Rezeki’ para Petani, Penternak dan Peladang tempatan daerah ini.
Pegurus Pasar Tani Fama daerah Ranau, Hasin Bin Abas ketika ditemui, mengakui tamu itu menjadi ruang dan peluang para petani, penternak, peladang, pengusaha kraftangan tempatan, herba, ikan laut dan ikan air tawar untuk menambah sumber rezeki keluarga masing-masing.
“Kita amat menggalakan para petani untuk mendaftar sah dengan Fama Ranau bagi membantu mereka mempamer dan menjual produk mereka”, jelas Hasin ketika ditemui semasa mengadakan pemantauan tamu Fama Ranau pada Rabu.
Tinjauan penulis ke tamu itu mendapati lebih 100 penjaja tempatan menjual ratusan produk mereka terutama sayuran segar tanah tinggi dengan harganya yang berpatutan.
Hasin mengharapkan kepada penjaja di Tamu Fama itu agar sentiasa menjaga kebersihan kaewasan tamu berkenaan agar tidak dicemari dengan taburan sampah yang boleh mengundang haiwan atau ternakan seperti anjing yang boleh menjejaskan kesihatan.
“Kita juga sentiasa memantau dokumen para penjaja samada berdaftar sah dengan pihak Fama atau sebaliknya”, tambah Hasin.