31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tambah penerima PPRT dan RSRS kepada Ketua Isi Rumah: Robert

Robert menyerahkan replika kunci kepada salah seorang penerima sebagai tanda rasmi penyerahan rumah kepada penerima.

KENINGAU: Jumlah penerima rumah dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang memerlukan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) diharap dapat ditambah oleh pihak kerajaan.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, ini kerana banyak KIR di negeri ini kuhsusnya DUN Bingkor memohon untuk mendapatkan bantuan rumah berkenaan.

Robert yang juga ADUN Bingkor berkata, bagi tahun ini DUN Bingkor hanya mendapat 4 biah rumah PPRT dan sebuah rumah RSRS.

“Bilangan keluarga yang mememerlukan rumah PPRT ini adalah agak banyak di kawasan Bingkor ini, jadi kita memohon dan merayu kepada pihak kerajaan agar dapat memikirkan semula jumlah setiap DUN untuk pemberian peruntukkan pembinaan rumah PPRT dan juga RSRS” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek pembinaan rumah berkenaan di lima buah kampung iaitu di kampung Tohan Baru,Buang Sayang, Tangkungon, Minansut dan Bunsit.

Manakala bagi keluarga penerima bantuan rumah PPRT di Kampung Tohan Baru mezahirkan terima kasih atas keperihatianan kerajaan menyediakan bantuan sebuah rumah yang lebih selesa buat seisi keluarga.

Lily Korimput penerima bantuan PPRT berkata, beliau ber terima kasih kepada kerajaan dan Datuk Robert Tawik selaku wakil rakyat DUN Bingkor kerana selama ini dia seorang wakil rakyat yang prihatin.

“Sebelum ini saya hanya menumpang rumah tetapi sekarang sudah ada rumah yang selesa” jelasnya.

Cerlyn Juanis anak penerima turut mengucapkan terima kasih kepada Robert atas usahanya membantu keluarga mereka.

Ketua Kampung Tohan Baru John Anas berharap berharapkan supaya pada akan datang lebih ramai lagi yang dapat bantuan rumah PPRT.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN