32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Taman Bandukan Riverside Resort Terima Anugerah Pengiktirafan Asia

Encik Rafie Robert bersama anugerah Asia Honesty Enterprise Awards 2023 yang diterimanya pada Asia Honesty Awards (AHA) yang diadakan di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR : Pusat pelancongan tempatan Sabah-Taman Bandukan Riverside Resort Sdn Bhd (TBRR) merai pengiktirafan sebagai penerima anugerah Asia Honesty Awards (AHA) dalam kategori Asia Honesty Enterprise Awards 2023, baru-baru ini.

Pengarah Pengurusan TBRR, Encik Rafie Robert mewakili organisasi itu menerima anugerah berprestij itu pada majlis penyampaian AHA ke 11 yang berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Asia Honesty Award merupakan anugerah yang mengiktiraf pencapaian luar biasa bagi perniagaan, organisasi serta individu. Ia bertujuan mengenalpasti integriti dalam sesebuah organisasi seluruh Asia.

AHA merupakan salah satu daripada 4 majlis penganugerahan bertaraf antarabangsa dibawah salah sebuah persatuan usahawan terbesar di Asia iaitu Asia Excellence Entrepreneur Federation (AEEF) yang diasaskan oleh Prof. Dato’ Sri Paduka Dr. Robin Tan yang juga Presiden HWT Group Berhad.

Setiap tahun, AEEF menerima lebih daripada 1000 pencalonan yang terdiri daripada usahawan dan perusahaan Asia bagi penganugerahan itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Senator Puan Saraswathy Kandasami menyampaikan anugerah pengiktirafan itu kepada seramai 61 usahawan dan perusahaan yang terpilih.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada usahawan dan perusahaan yang menerima anugerah pengiktirafan AHA kali ini dan berharap mereka akan terus meninjukkan prestasi yang cemerlang di masa akan datang.

Sementara itu Rafie Robert berkata, penganugerahan kali ini akan menjadi titik permulaan untuk terus memajukan dan mengembangkan TBRR kearah yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

“Kita sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan dan kejujuran dalam menjalankan perniagaan. Anugerah ini mengiktitaf TBRR sebagai organisasi perniagaan yang jujur dan berintegriti dalam kalangan komuniti perniagaan Asia”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN